Senin, 17 Maret 2014

Sanggup Bunuh Bapa Sendiri Kalau Keputusan Malaysia Kalah Vs Thailand AFF Suzuki Cup 2012 !




Kenyataan melalui Twitter oleh Sam Drew yang menyatakan dia sanggup bunuh bapa sendiri kalau Malaysia kalah vs Thailand AFF Suzuki Cup 2012 malam ini..Satu lagi publisiti murahan ~~



Macam-macam hal lah budak ni..Kalau dah sampai nak bunuh bapa sendiri dah memang kes berat nih..Semoga dia cepat sedar dengan kenyataan bodoh yang kononnya sensasi seperti ini..

Read More..

Minggu, 16 Maret 2014

Cowok Cantik Seperti Boneka Barbie ini Hebohkan Jepang



[imagetag]

Cowok Cantik Seperti Boneka Barbie kan Jepang Melihat penampilannya yang feminin, wajahnya yang putih bersih, bibir merah mereka dan postur langsing bak boneka barbie, tak banyak yang menyangka kalau Yohio, 16, penyanyi asal Swedia yang tenar di Jepang

ini adalah seorang cowok!

Tak cuma urusan busana yang feminin, ia bahkan mengenakan lensa kontak (soft lens), membuat matanya tampak bening.

Yohio juga mengenakan wig berwarna pirang yang semakin memperkuat sisi femininnya. Situs Oddity Central menyebut, Yohio yang mengorbit di Jepang lewat band edy itu terlihat bakat musiknya sejak usia 10.

Meski feminin, ia memilih jalur musik yang sangat ngerock! Tak terungkap, mengapa remaja asal Swedia ini sangat tertarik mempelajari budaya Jepang, termasuk mendengarkan musik dan belajar bahasa negara matahari terbit itu sampai akhirnya dia mengorbit jadi penyanyi yang sangat diperhitungkan di negeri rawan gempa itu.

Ketika usia menginjak 14 tahun, Yohio membentuk band edy dan memposisikan para anggotanya dalam bentuk Visual Key, semacam julukan bagi para musisi yang dalam setiap penampilannya berbalut make up tebal dan kostum nyentrik.

Kini edy sangat terkenal dengan jualan utama sosok vokalis Yohio yang cantik, feminin tapi tetap bersuara cowok itu.

Salah satu lagu hitsnya yang menyita perhatian adalah  berjudul "No Escape". Di situs Youtube, banyak penggemar Yohio dari luar Jepang meminta agar edy menggelar konser di negara lain.

"Please come to Australia, we need you!" tulis warga Australia, Maggie Holles, di situs Youtube.

"I love you so much Yohio, come to France, please," tulis Miss Dolly, penggemar dari Prancis.

Sumber

#bcfda5


Read More..

Sabtu, 15 Maret 2014

VIDEO Lagu Sahabat Dinyanyikan Pelajar Di Amerika Najwa Latif Terharu!

VIDEO: Lagu Sahabat Dinyanyikan Pelajar Di Amerika, Najwa Latif Terharu!

PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan lagunya berjudul Sahabat dalam Bahasa Malaysia.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter.
“Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube.
“Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya.
“Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Sebuah video menerusi laman YouTube yang memaparkan sekumpulan pelajar muzik di Amerika Syarikat menyanyikan lagu Sahabat telah dimuat naik baru-baru ini.
Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata.
Tambah Najwa, dia menyifatkan lagu itu mempunyai kelebihan sendiri mungkin kerana ia mudah diterima ramai di samping mempunyai mesej berguna kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Beritahu Najwa, keadaan itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam mencipta pelbagai lagu pada masa hadapan.
“Jujur dikatakan saya sendiri tidak terfikir bahawa ada pihak di negara luar yang mahu membawakan lagu Sahabat.
“Namun, apabila melihat video tersebut membuatkan saya yakin untuk memperkenalkan muzik saya di Eropah. Mana tahu, kalau diberi peluang, apa salahnya, ” tutur Najwa.
Dalam perkembangan lain, Najwa baru sahaja melancarkan single lagu terbaharunya berjudul I Love You.
Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan. – mStar Online
Read More..

Jumat, 14 Maret 2014

Tuntutan Suami Macam Budak Budak Buat Rita Geli Hati

Salam semua,


Wajah terbaru Rita Rudaini ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.

Tuntutan Suami Macam Budak-Budak Buat Rita Geli Hati

SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai kelakar dan macam “budak-budak”
Rita,36, berkata, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.
“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa... memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.
“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,” katanya kepada mStar Online di luar mahkamah di sini, Rabu.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Aidil Zafuan,25, menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.
Aidil Zafuan. Foto-Rotikaya.com
Aidil memberitahu jika Rita gagal mematuhi permintaannya itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.
“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?
"Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?" soal Rita.
Aidil tepis tuduhan punyai wanita lain
Dalam perkembangan berkaitan, Aidil turut menepis tuduhan kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas bertindak meninggalkan rumah mereka Januari lalu seperti dilaporkan akhbar mingguan sebelum ini.
Aidil berkata, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada kariernya sebagai pemain bola sepak.
"Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu.
"Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter," katanya selepas prosiding selesai.
Dalam pada itu, Aidil juga berkata dia masih lagi menyayangi Rita walaupun hatinya sedikit tawar selepas membaca terlalu banyak kenyataan yang dibuat isterinya itu melalui media.
"Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata," tuturnya.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.
Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. [Mstar Online]
Read More..

Kamis, 13 Maret 2014

Proses Penyembelihan Ular Yang Mengerikan


Jual beli ular hingga sekarang sangat lumayan.Semua bahagian tubuh ular boleh di jual.Dagingnya mendapat permintaan tinggi dari restoran eksotik.Kulitnya pula dibuat dompet,kasut dan pelbagi aksesori lain. Jom kita lihat proses ngeri dibawah

Sumber: http://www.2dayblogger.com/blog/proses-penyembelihan-ular-yang-mengerikan/
Read More..

Rabu, 12 Maret 2014

10 Seleb Cantik Yang Kematiannya Gemparkan Dunia

Kematian mungkin bagian yang wajar dialami semua manusia dalam kehidupan. Namun, ada beberapa peristiwa kematian yang mampu menggemparkan dunis. Selebriti selalu membawa cerita tak hanya melalui karya-karya semasa hidup tetapi juga saat ajal menjemput mereka.

Berikut daftar kematian lima dari 10 selebriti top dunia yang mengguncang dunia, seperti dikutip dari laman allwomenstalk.

10. Selena Quintanilla-Pérez
Selena Quintanilla-Pérez
Penyanyi latin yang tenar dengan julukan "Ratu Musik Tejano", berada di puncak karier saat dibunuh oleh Yolanda Saldivar, pemimpin kelompok penggemarnya. Jennifer Lopez memperoleh ketenarannya saat memainkan peran dalam sebagai penyanyi berusia 23 tahun tersebut dalam film "Selena" dan memenangkan penghargaan Grammy pada 1997.

9. Ruslana Korshunova
Ruslana Korshunova
Dikenal sebagai "Rapunzel Rusia" dalam dunia model dunia, gadis berusia 20 tahun mengejutkan dunia dan keluarganya ketika ia jatuh dari balkon lantai sembilan apartemennya di Manhattan, New York, AS. Polisi menyatakan kematian Ruslana akibat bunuh diri, meskipun tidak ada pesan ditemukan.

8. Sharon Tate
Sharon Tate
Aktris Sharon Tate Marie membuat industri film menoleh padanya saat dinominasikan untuk Golden globe dalam film "Valley of the Dolls" pada 1967. Aktris berusia 26 tahun dan empat anggota keluarganya ditemukan tewas akibat luka tikaman di rumahnya.
Pembunuh aktris cantik ini akhirnya diketahui bernama Charles Manson, penjahat kelas kakap Amerika yang membentuk kelompok kriminal The Family. Yang targis, peristiwa ini terjadi pada tanggal 8 Agustus 1969 di tengah dua minggu terakhir penantian sang aktris pada kelahiran anaknya.

7. Putri Diana
Putri Diana
Siapa yang dapat melupakan pesona dan keanggunan Putri Diana? Putri berusia 36 tahun dari Wales meninggal dunia setelah kecelakaan mobil di Paris bersama Dodi Al-Fayed setelah terlibat adegan kejar-kejaran dengan paparazzi. Untuk mengenang Lady Di, sapaan Diana, penyanyi Inggris Elton John mengaransemen ulang lagu "Candle in the Wind" dalam pemakaman putri yang kisah hidupnya mirip dongeng tersebut.

6. Linda Boreman
Linda Boreman
Linda membintangi film dewasa "Deep Throat" yang dirilis pada 1972. Namun, beberapa tahun setelah itu, ia berubah menjadi aktivis anti-pornografi. Di usianya yang ke-53 tahun, Linda meninggal akibat trauma hebat dan cedera parah setelah kecelakaan mobil pada 22 April 2002.
5. Anna Nicole Smith
Anna Nicole Smith
Dunia cukup lama menyaksikan pasang surut dalam kehidupan model Playboy berusia 36 tahun, Anna Nicole Smith. Anna pernah menghiasi tajuk-tajuk utama majalah dari kematian putranya hingga pernikahannya dengan seorang miliarder berusia delapan puluh tahun. Pada tanggal 8 Februari 2007, Anna ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah kamar hotel Seminole Hard Rock Hotel and Casino di Hollywood.

4. Janis Joplin
Janis Joplin
Penyanyi rock Janis Joplin mulai terkenal di akhir 1960-an. Majalah Rolling Stones menempatkannya sebagai orang ke-46 dari daftar "100 Artis Terpopuler sepanjang Masa." Pada Oktober 1970, dia ditemukan tewas di lantai kamar hotelnya pada usia 27 tahun. Penyebab kematian yang resmi dikeluarkan kepolisian menyatakan sang rocker tutup usia akibat overdosis heroin dan efek alkohol.

3. Aaliyah
Aaliyah
Penyanyi R & B Aaliyah meninggal di usia yang masih sangat muda, 22 tahun. Peraih penghargaan Grammy meninggal dalam sebuah kecelakaan pesawat di Bahama pada tanggal 25 Agustus 2001 setelah syuting videoklip terakhirnya, "Rock the Boat".

2. Heather ORourke
Heather O?Rourke
Kematiannya di usia sangat belia, 12 tahun bisa membuat para penggemar film horor merinding. Bintang trilogi film Poltergeist yang bakatnya ditemukan Steven Spielberg meninggal 1 Februari 1988 setelah berjuang melawan Penyakit Crohn (penyakit radang saluran pencernaan akut dan kronis).

1. Marilyn Monroe
Marilyn Monroe
Sepanjang karirnya, Monroe dikenal sebagai ikon kecantikan dan fashion. Marilyn Monroe meninggal di usia 36 tahun dan ditemukan di rumahnya pada tanggal 5 Agustus 1962. Penyebab kematiannya hingga kini masih samar, overdosis atau bunuh diri.
Sumber : http://kosmo.vivanews.com/news/read/169740-kematian-10-seleb-cantik-ini-gemparkan-dunia
Read More..

Selasa, 11 Maret 2014

Zheng Zhi Dipilih Pemain Terbaik AFC 2013


KUALA LUMPUR – Pemain antarabangsa China, Zheng Zhi yang bermain dengan Guangzhou Evergrande, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 pada majlis anugerah tahunannya di sini malam ini.

Pemain tengah berusia 33 tahun itu memainkan peranan utama mengemudi pasukan liga China untuk menjuarai Liga Juara-juara Asia selepas menewaskan FC Seoul dari Korea Selatan dalam final dua pusingan pada 26 Oktober dan 9 November.

“Saya amat bersyukur menerima anugerah istimewa ini dan saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya dan jurulatih yang memberi sokongan padu kepada saya, serta pengurusan pasukan,” katanya selepas menerima anugerah itu daripada Presiden AFC Salman Bin Ebrahim Al Khalifa.

Lebih manis lagi, kelab berpangkalan di Guangzhou itu turut meraih gelaran

Kelab Terbaik manakala pemain import mereka dari Brazil, Luiz Guilherme Da Conceicao dipilih Pemain Asing Terbaik.

Sementara itu, bekas naib presiden FIFA, Dr. Chung Mong-Joon dipilih oleh

Jawatankuasa Eksekutif AFC sebagai penerima anugerah berprestij ‘AFC Diamond of Asia’ pada mesyuaratnya 22 Julai di Bahrain.

Turut hadir pada majlis gilang gemilang itu ialah Presiden FIFA, Joseph

‘Sepp’ Blatter dan Naib Presiden AFC dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. – BERNAMA
Read More..

Senin, 10 Maret 2014

Mesej pengundi kepada BN — perkauman membawa pulangan merosot

Oleh Leslie Lau
Editor Eksekutif
May 09, 2013
9 Mei — Jika dilihat daripada jumlah pengunjung di stadium di Petaling Jaya malam tadi selepas masyarakat Cina dipersalahkan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan rakyat Malaysia memberikan isyarat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mesej yang cuba disampaikan adalah kebanyakan rakyat Malaysia mahukan agar isu perkauman yang menyelebungi Pilihan Raya 2013 segera dihentikan.
Disebalik keputusan pilihan raya yang dirasakan pengundi sebagai tidak adil dan bersih termasuk cubaan BN menyalahkan komuniti Cina.

Mereka yang menyertai perhimpunan malam tadi tidak mengira amaran polis bahawa ianya adalah perhimpunan haram.
Dan bukan kesemua mereka pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau ahli kepada tiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR). Kecuali mereka adalah pengundi PR sebagai sebuah parti.
Turut berada di sana adalah kumpulan remaja Malaysia dengan kepelbagaian kaum.

Ia seharusnya menjadi amaran buat ahli politik bahawa memainkan sentime perkauman akan memberikan pulangan yang merosot.
Analisis membuktikan undi bagi Pakatan Rakyat dan BN melangkaui garisan perkauman.
Jika ada pun, penganalisis hanya berkata berlakunya pemisahan pengundi bandar dan kawasan pedalaman, bukannya trend Melayu menentang Cina.

Realiti baru yang perlu diakui adalah PR kini menikmati sokongan daripada mereka yang dikenali sebagai pengundi bandar.
Pembangkang memenangi undi popular dengan sejumlah 50 peratus menggunakan platform anti rasuah termasukjuga perkongsian kekayaan negara dengan adil dan saksama.
BN memenangi sekitar 47 peratus undi popular namun masih menyaksikan kemenangan dan sokongan padu daripada pengundi luar bandar termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Namun ribuan yang berkumpul di Stadiu MBPJ malam tadi, dan untuk semua rakyat Malaysia, kedua-dua BN dan PR perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak undi.

BN danUmno telah menjadikan keadaan semakin sukar buat mereka apabila menyalahkan pengundi Cina yang m,engundi menentang kerajaan "Melayu" seperti mana yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia.

Akhbar Umno itu sudah boleh dijangka, dan banyak pihak yang merasakan ianya adlah satu penghinaan.
Daripada perkataan "Tsunami Cina" sehingga berita muka hadapan "Apa :agi Cina Mahu?" Umno hanya menambah kepada kejayaan PR iaitu sokongan yang mereka telahpun terima.
BN mungkin perlu diingatkan bahawa mereka berkuasa pada Ahad lalu dengan dakwaan penipuan.
Daripada menjadikan Anwar sebagai saaran atau pengundi Cina, BN dinasihatkan agar lebih baik baik untuk mendengar nasihat.TMI
Read More..

Minggu, 09 Maret 2014

Ratusan Peminat Ucap Selamat Buat Amitabh Bachchan


Ratusan Peminat Ucap Selamat Buat Amitabh Bachchan
Ratusan Peminat Ucap Selamat Buat Amitabh Bachchan- MUMBAI : Ratusan peminat aktor legenda Bollywood, Amitabh Bachchan berhimpun di luar rumahnya di sini bagi memberikan ucapan selamat ulang tahun kelahirannya yang ke-70 semalam.
“Hari lahir adalah hari yang istimewa buat semua… tidak terkecuali diri saya,” kata Bachchan di akaun Twitternya.
Dia mempunyai 3.5 juta pengikut di Twitter.
Para peminat itu turut membawa kalungan bunga untuk dihadiahkan kepada pelakon tersebut. Pelakon itu turut menemui dan melambaikan tangan ke arah para peminat yang berada di luar rumahnya.
Parti sambutan ulang tahun kelahirannya juga diadakan di rumahnya yang dihadiri aktor terkenal, Shah Rukh Khan.
Menurut senarai tetamu, 800 orang diundang untuk menghadiri parti tersebut.
Bachchan telah berlakon lebih 150 filem termasuk Sholay, Deewaar dan Don.
Ketika membintangi filem Coolie pada 1982, dia nyaris maut apabila limpanya pecah semasa melakukan adegan pergaduhan.
Bachchan bakal membuat kemunculan dalam filem Hollywood bersama pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dalam filem The Great Gatsby.
Filem itu akan ditayangkan pada tahun depan. – Agensi
Read More..

Jumat, 07 Maret 2014

Pakatan Jabatan Orang Asli adakan latihan undi BN


Malaysiakini  Dis 26 2012 
Pakatan Rakyat Perak hari ini mendakwa bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Tapah telah mengadakan sesi untuk "melatih" Orang Asli mengundi BN.

Ia mendakwa sesi latihan itu, yang didakwa dianjurkan dengan kerjasama seorang wakil rakyat, diadakan secara bersiri sejak bulan lepas di semua perkampungan Orang Asli di sepanjang Jalan Pahang, Tapah.

pkr accuse tapah orang asli vote for bnMenurutnya, peserta program itu diberi dua keping kertas undi, mirip
kertas undi sebenar, untuk kawasan parlimen Tapah dan DUN Chenderiang.

Orang Asli kemudian "dipaksa" memangkah BN pada kertas undi tersebut di hadapan seorang pegawai JAKOA dan ADUN BN, dakwanya.

"Mereka yang mengundi BN dalam kedua-dua kertas undi itu kemudiannya diberi 5kg beras sebagai ganjaran," kata Pakatan Perak dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh PAS organ Harakahdaily.
Pakatan berkata, ini melanggar Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan kebebasan hak seseorang untuk mengundi.

Ia juga berhujah bahawa percetakan kertas undi olok-olok itu, melanggar Seksyen 3(j) Akta yang sama.

Kedua-dua pegawai JAKOA dan ADUN hadir juga digesa supaya memberi penjelasan.

Malaysiakini telah menghubungi JAKOA Tapah tetapi pegawai yang menjaga program tersebut tidak ada dan hanya kembali esok.

Identiti wakil rakyat tersebut juga tidak disiarkan sementara menunggu respons mengenainya.
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

Resmi Rilis Inilah Cara Install BBM Android dan iOS

Setelah dijanjikan hadir dalam waktu dekat akhirnya BlackBerry meluncurkan BBM ke publik. Pengguna smartphone Android dan iOS kini sudah bisa mengunduh melalui toko aplikasi resmi ataupun bbm.com.

Ciri aplikasi BBM untuk Android resmi adalah memiliki nama "BBM" yang dikembangkan oleh "BlackBerry Limited" sebesar 12,67 MB dengan nomor versi 1.0.0.70. Untuk pengguna perangkat Apple, BBM hanya bisa dinikmati oleh pemilik iPhone dengan sistem operasi iOS 7 dan iOS 6. Sedangkan di Android, smartphone harus menggunakan OS versi ICS 4.0 ke atas dengan ukuran layar maksimal 7 inch.

Setelah meng-install dari toko aplikasi maka pengguna diharuskan registrasi atau sign up membuat akun BlackBerry ID dulu di sini. Caranya dengan memasukkan akun email dan username. Patut diingat, satu akun BlackBerry ID ini untuk satu perangkat saja.

Bagi pengguna yang sudah memiliki BlackBerry ID maka bisa langsung mengaktifkan BBM Android atau iOS ini. Namun bagi yang belum punya ID maka harus antre menanti giliran. Agar terdaftar dalam antrean maka pengguna wajib memasukkan e-mail miliknya di tampilan awal aplikasi BBM yang sudah ter-install di perangkat masing-masing.

BlackBerry akan mengirim notifikasi melalui e-mail yang didaftarkan saat BBM sudah bisa digunakan oleh pengguna yang bersangkutan. Bagi yang sudah bisa aktivasi maka akan langsung mendapatkan PIN unik dan menikmati fitur di dalamnya seperti biasa. Namun hingga saat ini kebanyakan pengguna mengalami masalah server error yang kemungkinan akibat tingginya akses ke layanan BBM.

Keyword : Cara Install BBM di Android dan iOS
Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

Kejam! Manusia Ini DiBunuh Dan Dimakan

Peristiwa sadis ni berlaku di Kota Makeevka Ukraine dimana Alexander Nivikov telah menjadi mangsa kannibalisme dari pasangan Oxana dan Edward. Peristiwa ini terbongkar apabila orang awam menemui tulang Alexander di lorong-lorongdan melihat sepasang kaki manusia terkeluar dari celah lubang.




Pembunuhan ini berlaku apabila terjadinya pergaduhan antara Alexander dan Edward dan berakhir dengan pembunuhan Alexander. Pasangan tersebut cuba menyingkirkan mayat Alexander dengan memasak dan sebahagian lagi dibuang dalam sebuah lubang.

Apa yang menggerikan lagi, pasangan ini menyimpan danging dan organ Alexander di dalam peti sejuk. Polis menemukannya ketika memeriksa rumah mereka. Difahamkan daging tersebut akan dibuat makan malam pada hari berikutnya.

Read More..

Selasa, 04 Maret 2014

Wakil PBB Tugas kjaan pastikan perhimpunan aman


  • Kuek Ser Kuang Keng & Hafiz Yatim
  • Malaysiakini  Sep 12 2012
Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, mengeluh kerana Malaysia adalah antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi.

"Ini bercanggah sama sekali dengan piawaian hak asasi manusia kerana negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka yang mahu berhimpun, boleh berbuat demikian secara aman," katanya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu.

"Kami (Pelapor PBB) telah menyuarakan kebimbangan tentang bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 ditangani dan kita tetap dengan pandangan tersebut," kata Kiai yang belajar undang-undang di Universiti Nairobi dan Harvard.

NONEKiai yang berada di Malaysia minggu lepas atas jemputan
beberapa NGO termasuk Suaram berkata, kerajaan perlu memahami bahawa membenarkan kebebasan berhimpun, tidak mengenepikan tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa perhimpunan kekal aman.

Bagi peguam terkemuka Kenya itu, ini adalah lawatan pertama beliau ke Malaysia sebagai sebahagian daripada kunjungan suaikenal untuk mengenali negara ini dengan lebih baik lagi, terutamanya mengenai isu yang dipertanggungjawab kepadanya oleh PBB unruk melindungi - iaitu hak untuk berhimpun secara aman.

Semasa lawatan ringkas beliau, Kiai meluangkan masa untuk mengunjungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sebilangan pelapor khas PBB sebelum ini telah menulis kepada kerajaan Malaysia untuk secara rasmi menjemput mereka mengunjungi negara ini ekoran tindakan keras menangani perhimpunan BERSIH, dan Kiai mengesahkan beliau telah menerima jemputan rasmi dari Putrajaya untuk datang tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai perhimpunan BERSIH 3.0, beliau berkata pelapor khas PBB percaya bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, penganjur pada amnya harus bertanggungjawab terhadap acara tersebut.

"Bagaimanapun, jika perbuatan yang menyalahi undang-undang berlaku, maka ia menjadi tanggungjawab negara. Negara mempunyai tugas utama untuk memastikan perhimpunan itu adalah aman," katanya.

Dan jika terdapat ejen provokasi dalam perhimpunan tersebut, katanya, mereka hendaklah ditangani secara berperikemanusiaan dan mengikut undang-undang.
"Anda tidak boleh, dan tidak sepatutnya, melepaskan tanggungjawab itu kepada warga individu," tambahnya.
Read More..

Senin, 03 Maret 2014

LGE tuntut bukti ancaman terhadap keselamatan PM

 Malaysiakini
  • Susan Loone
  •  Feb 15 2013
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu BN menjelaskan cubaan ancaman terhadap keselamatan perdana menteri, kerana ini menjejaskan secara serius imej kerajaan negeri.

NONE"Sehingga kini, Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow tidak menarik
balik kenyataan beliau mengenai ancaman keselamatan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Lim (kiri) dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Keselamatan PM sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai ketua menteri Pulau Pinang, saya belum dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya.

"Malah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi tidak memberitahu saya tentang perkara ini. Jelas sekali, Teng mengarut, dan tidak bercakap benar bila beliau berkata nyawa PM diancam. "

Lim merujuk kepada laporan dalam akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily kelmarin, yang memetik Teng sebagai berkata terdapat satu cubaan terhadap keselamatan Najib semasa majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu.

Teng telah memberitahu akhbar tersebut bahawa Cawangan Khas polis menasihatkan Najib supaya beredar dari pentas lebih awal, semasa beliau menunggu artis sensasi Korea Selatan, Psy untuk mengaul yee sang bersamanya dan pemimpin BN lain di atas pentas.

teng chang yeow gerakan secretary generalSin Chew Daily juga memetik Teng (kiri) sebagai berkata bahawa
penyokong Pakatan Rakyat tertentu cuba mensabotaj majlis tersebut.

"Apabila perdana menteri beredar, seseorang melempar satu bungkus nasi ke penjuru pentas.

"Apabila anak perdana menteri, Jiping, hendak masuk ke dalam kereta, seseorang menyimbah satu botol air mineral, menyebabkan dia basah," Teng dipetik sebagai berkata dalam Sin Chew Daily.

Pada mulanya, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah disalahlapor oleh Sin Chew Daily. Bagaimanapun, Teng kemudiannya menarik balik kenyataannya itu, dengan mengatakan dia tersilap dengar soalan wartawan berkenaan.

Lim berkata Teng mesti menarik balik kenyataannya  yang "tidak bertanggungjawab" itu kerana sebagai pengerusi BN Pulau Pinang, beliau telah memberikan tanggapan buruk kepada negeri itu.
Read More..

Minggu, 02 Maret 2014

KES PEMBUNUH SOSILAWATI DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI!


8787453737 42593d6775 o KES PEMBUNUH SOSILAWATI KE TALI GANTUNG SAMPAI MATI
Keputusan perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Akhirnya selepas bertahun turun naik mahkamah, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga rakan subahatnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.
Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
61210 10150089168579572 331481044571 7102836 2518271 n KES PEMBUNUH SOSILAWATI KE TALI GANTUNG SAMPAI MATI
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.
PATMASUSPEK KES PEMBUNUH SOSILAWATI KE TALI GANTUNG SAMPAI MATI
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.


Read more: http://aiskosong.com/kes-pembunuh-sosilawati-ke-tali-gantung-sampai-mati/#ixzz2UA5ORrR1
Read More..

Sabtu, 01 Maret 2014

BUAT SENDIRI KERETA LAMBORGHINI

Lesko mengtinjauankan model kereta berprestasi tinggi itu menggunakan beratus-ratus kertas dan kadbod di Amerika Syarikat.
Sekiranya anda tidak mampu untuk membeli sebuah kereta berkuasa tinggi Lamborghini sebenar, mungkin idea mengtinjauankan model kereta mewah itu daripada kadbod dan kertas sudah memadai buat masa sekarang.

Kereta antara paling mahal di dunia itu merupakan tinjauan kerja terbaharu seorang pereka grafik, Taras Lesko.
Pereka muda dari Seattle itu mengtinjauankan komponen-komponen kereta Lamborghini Aventador menggunakan aplikasi perisian komputer seperti AfterEffects dan Adobe Photoshop.
Selepas mereka bentuk elemen kereta itu, dia kemudian mencetak dan memotong satu persatu bahagian kereta menggunakan pisau X-Acto.
Bagi mengelak model kereta seberat 11.3 kilogram tersebut daripada terjatuh, Lesko menggunakan bahagian asas yang kukuh dari papan cip.

Kereta mewah tiruan yang mengambil masa selama beberapa bulan untuk disiapkan itu mendapat pujian daripada penonton di laman YouTube dan mencatat jumlah tontonan yang tinggi. - Agensi

Read More..