Selasa, 11 Maret 2014
Browse »
home»
2013
»
afc
»
dipilih
»
pemain
»
terbaik
»
zheng
»
zhi
»
Zheng Zhi Dipilih Pemain Terbaik AFC 2013

Zheng Zhi Dipilih Pemain Terbaik AFC 2013

KUALA LUMPUR – Pemain antarabangsa China, Zheng Zhi yang bermain dengan Guangzhou Evergrande, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 pada majlis anugerah tahunannya di sini malam ini.
Pemain tengah berusia 33 tahun itu memainkan peranan utama mengemudi pasukan liga China untuk menjuarai Liga Juara-juara Asia selepas menewaskan FC Seoul dari Korea Selatan dalam final dua pusingan pada 26 Oktober dan 9 November.
“Saya amat bersyukur menerima anugerah istimewa ini dan saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya dan jurulatih yang memberi sokongan padu kepada saya, serta pengurusan pasukan,” katanya selepas menerima anugerah itu daripada Presiden AFC Salman Bin Ebrahim Al Khalifa.
Lebih manis lagi, kelab berpangkalan di Guangzhou itu turut meraih gelaran
Kelab Terbaik manakala pemain import mereka dari Brazil, Luiz Guilherme Da Conceicao dipilih Pemain Asing Terbaik.
Sementara itu, bekas naib presiden FIFA, Dr. Chung Mong-Joon dipilih oleh
Jawatankuasa Eksekutif AFC sebagai penerima anugerah berprestij ‘AFC Diamond of Asia’ pada mesyuaratnya 22 Julai di Bahrain.
Turut hadir pada majlis gilang gemilang itu ialah Presiden FIFA, Joseph
‘Sepp’ Blatter dan Naib Presiden AFC dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. – BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar