Kamis, 27 Februari 2014
Browse »
home»
bekas
»
dakwa
»
hatijah
»
pengikut
»
terpesong
»
teruk
»
Hatijah Teruk Terpesong Dakwa Bekas Pengikut

Hatijah Teruk Terpesong Dakwa Bekas Pengikut

KUALA LUMPUR – Sejak pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Mohamad meninggal dunia, terdapat lebih banyak perkara yang menyesongkan dalam jemaah mereka yang kini bergiat aktif menggunakan tiket syarikat, Global Ikhwan Sdn Bhd, dakwa bekas pengikutnya.
Nizam Mohd dan Hashim Jaafar mendakwa, kepesongan akidah tersebut dilakukan oleh pengganti Ashaari, Hatijah Am atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah.
Kata mereka, Ummu Jah menggunakan wanita untuk mengikat pengikut Global Ikhwan agar tidak renggang atau menarik diri daripada jemaah itu.
Dakwa mereka berdua, mana-mana lelaki yang berbuat demikian akan berdepan kemungkinan kehilangan isteri dan anak-anak yang kemudiannya akan dikuarantin dan dihalang daripada ditemui.
Selepas Ashaari meninggal dunia, Hatijah mengisytiharkan almarhum tidak meninggal dunia tetapi hanya ghaib dan akan muncul semula di akhir zaman sebagai pemimpin bani Tamim.
Ini dilakukannya untuk kepentingan sendiri kerana tidak mahu ada pengganti almarhum dilantik sekaligus menyekat jalannya sebagai pewaris,” ujar Hashim dalam sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.
Nizam pula mendedahkan, terdapat fatwa-fatwa sesat yang berlegar dalam kalangan jemaah Global Ikhwan yang tidak dapat diterima akal.
Antaranya, isteri dibolehkan menjatuhkan talak ke atas suami dan isteri masih boleh dirujuk semula meskipun sudah tiga kali ditalak suami.
“Fatwa ini diadakan kerana Hatijah sendiri sebenarnya pernah ditalak oleh Ashaari sebanyak tiga kali,” katanya.
Dalam banyak kes, isteri dan anak-anak yang telah diidoktrin setelah dikuarantin dikatakan menolak untuk bersama suami atau bapa mereka semula jika mereka tidak mahu kembali kepada jemaah.
Oleh: REM RAMZI
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar